Introduction
Dalam kehidupan seharian, kita banyak menggunakan peralatan elektronik. Pelbagai peralatan elektronik telah dicipta untuk pelbagai aspek kehidupan.
Kita menggunakan peralatan elektronik dari yang paling mudah, iaitu barang mainan kanak-kanak sehingga peralatan elektronik yang sangat kompleks binaannya, iaitu televisyen dan komputer. peralatan elektronik menggunakan sedikit arus elektrik. Dengan mempelajari dan memahami beberapa komponen asas elektronik, kita dapat mencipta reka bentuk litar mudah.